mesin penetasan

mesin penetasan

Ahad, 8 Jun 2014

Mesin penetasan telur model baharu 2014

Model ini di perbuat dari plastik berkualiti tinggi saiz 42 cm x 56 cm dan tinggi 39 cm. Muatan untuk telur ayam 66 biji hingga 72 biji  bergantung kepada saiz telur. 

Kipas dan mentol 60 w di kawal secara tepat dan berkesan oleh thermostat digital.

Rak telur boleh ubah mengikut jenis dan saiz telur di gerakan oleh motor yang berpusing 6 x sehari pada kadar tersangat perlahan. Hanya rak telur ayam yang di bekalkan. Rak untuk telur puyuh dan sebagainya boleh di buat sendiri oleh penternak atsu kami sedia membuatkan atas permintaan.

Harga mesin model ini RM 550. Penghantaran percuma.

Jaminan 3 bulan.  Kami ada menjual peralatan seperti kipas, thermostat digital dan motor jika penternak ingin membuat sendiri mesin penetasan atau menukar alatan yang rosak selepas tamat tempoh jaminan.

Biasanya mesin ini boleh bertahan 2.5 tahun. Tetapi jika tidak di gunakan  secara berterusan ia boleh bertahan lebih lama lagi.

Cara menggunakan.

1. Keluarkan rak telur, bekas air dan kertas panduan
2. Pasang mentol yang di bekalkan.
3. Pasang ( ON ) elektrik.
4. Tutup mesin dan pantau suhu. Suhu akan terus naik sehingga 38 c. Lampu dan kipas akan terpadam. Suhu akan turun hingga 37 c dan lampu dan kipas akan ON semula.hingga 38 c.

5. Tutup ( OFF ) elektrik.
6. Isikan air di bekas yang di sediakan pada kadar 3/4.
7. Masukkan rak telur dan isikan telur ayam di letak secara menegak dan bahagian tajam telur ke bawah.
8. Tekan suiz kecil untuk motor bertanda ' I ' untuk ON.
9. ON plug elektrik.

10. Tambah air setiap 4 atau 5 hari.
11. Untuk telur ayam kampung OFF suiz kecil untuk motor bertanda ' O ' pada hari ke 17 telur di masukkan.
12. Keluarkan telur dan rak telur dari mesin.
13. Pastikan bekas air penuh 3/4 bahagian.
14. Masukan telur dan letak atas karpet yang di sediakan.
15. Tutup mesin dan pastikan lampu on pada suhu 37 c dan off pada suhu 38 c.
16. Jangan buka mesin sehingga anak ayam menetas.

*** Pastikan telur yang di masukan - bersih , tidak retak atau berlubang, tidak basah dan masih baru iaitu kurang dari 7 hari. Jangan beri ibu ayam makanan dedak penelur.

Lain- lain jenis telur rujuk kertas panduan.

Isnin, 31 Mac 2014

Mesin penetasan telur model terbaru.

Mesin penetasan model ini adalah automatic sepenuhnya. Asas mesin ini adalah model manual yang telah dijual sejak tahun 2010 dan telah terbukti sangat berkesan.

Mesin ini telah di naik taraf dengan pemasangan  digital temperature controller thermostat. Pemasangan motor  pemutar rak telur yang berpusing enam kali sehari. Motor ini bergerak berterusan pada kadar sangat perlahan. Posisi rak telur dapat di lihat berubah selepas satu jam.5

Dari kajian dan maklumat semasa adalah di dapati bahawa mesin penetasan automatic ini adalah termurah di pasaran. Harga jualan RM 390. Kos penghantaran rm55 10.  Sebenarnya bayaran pos melalui sky net ialah rm 40. Syarikat memberi subsidi rm 30.

CARA PENGGUNAAN.

Panduan lengkap dan mudah di sediakan. Namun  begitu ada baiknya di jelaskan di sini.

1.  Semasa mesin di terima keluarkan kertas panduan. Pasangkan mentol yang di bekalkan. Letakan besi sensor di bahagian tengah mesin. On punca kuasa elektrik. Jika lampu menyala dan kipas berpusing sepatutnya suhu terus naik sehingga 38 c atau
38.2 c dan kemudian nya lampu padam. Suhu akan turun hingga 70 c dan lampu menyala semula. Ini bermakna mesin ini sempurna dan sedia digunakan.

2. Baca dan ikut panduan yang di lampirkan.