Model ini di perbuat dari plastik berkualiti tinggi saiz 42 cm x 56 cm dan tinggi 39 cm. Muatan untuk telur ayam 66 biji hingga 72 biji bergantung kepada saiz telur.
Kipas dan mentol 60 w di kawal secara tepat dan berkesan oleh thermostat digital.
Rak telur boleh ubah mengikut jenis dan saiz telur di gerakan oleh motor yang berpusing 6 x sehari pada kadar tersangat perlahan. Hanya rak telur ayam yang di bekalkan. Rak untuk telur puyuh dan sebagainya boleh di buat sendiri oleh penternak atsu kami sedia membuatkan atas permintaan.
Harga mesin model ini RM 550. Penghantaran percuma.
Jaminan 3 bulan. Kami ada menjual peralatan seperti kipas, thermostat digital dan motor jika penternak ingin membuat sendiri mesin penetasan atau menukar alatan yang rosak selepas tamat tempoh jaminan.
Biasanya mesin ini boleh bertahan 2.5 tahun. Tetapi jika tidak di gunakan secara berterusan ia boleh bertahan lebih lama lagi.
Cara menggunakan.
1. Keluarkan rak telur, bekas air dan kertas panduan
2. Pasang mentol yang di bekalkan.
3. Pasang ( ON ) elektrik.
4. Tutup mesin dan pantau suhu. Suhu akan terus naik sehingga 38 c. Lampu dan kipas akan terpadam. Suhu akan turun hingga 37 c dan lampu dan kipas akan ON semula.hingga 38 c.
5. Tutup ( OFF ) elektrik.
6. Isikan air di bekas yang di sediakan pada kadar 3/4.
7. Masukkan rak telur dan isikan telur ayam di letak secara menegak dan bahagian tajam telur ke bawah.
8. Tekan suiz kecil untuk motor bertanda ' I ' untuk ON.
9. ON plug elektrik.
10. Tambah air setiap 4 atau 5 hari.
11. Untuk telur ayam kampung OFF suiz kecil untuk motor bertanda ' O ' pada hari ke 17 telur di masukkan.
12. Keluarkan telur dan rak telur dari mesin.
13. Pastikan bekas air penuh 3/4 bahagian.
14. Masukan telur dan letak atas karpet yang di sediakan.
15. Tutup mesin dan pastikan lampu on pada suhu 37 c dan off pada suhu 38 c.
16. Jangan buka mesin sehingga anak ayam menetas.
*** Pastikan telur yang di masukan - bersih , tidak retak atau berlubang, tidak basah dan masih baru iaitu kurang dari 7 hari. Jangan beri ibu ayam makanan dedak penelur.
Lain- lain jenis telur rujuk kertas panduan.